Create your own banner at mybannermaker.com!

Pengikut

Sabtu, 31 Julai 2010

Hari Perpisahan

1tahun lbh dak keja kat Bahagian Pentadbiran Penjara Bentong....
Hari yang pilu 4 orang sahabat dapat bertukar ke kpg2 Masing2
kecuali seorang mengikut suami (berpindah Ke IPK KL)

Hazmir- JPJ raub
Kak Rozi- Mahkamah Kuantan
Umie Munairah-?(temerloh)
Mas-IPK KL

ni lah sebahagian staff yang sempat tangkap pic kenangan


Rabu, 23 Jun 2010

CeRiTa Hantu

Nak bercerita tentang hantu..........Tapi xreti...aku cerita la pengalaman aku balik dari Damansara ke bentong pahang.......(23/06/2010-2.++pg)


Pagi tu aku bertolak dari Damansara ke bentong dalam jam 1.00 pg...dalam perjalanan semua ok..jalan pun tak lah sebuk macam biasa,cuaca ok juga awal pagi tu....dalam perjalanan aku ni gatal tangan tak berhenti SMS.....sampai ke bentong aku masih layan SMS.....Korang reti tak SMS time driving ...tanpa melihat telefon...Kalo nak lihat,time mesej sampai...tu pun mata tetap tengok depan....


Bercerita pasal hantu...dalam perjalanan tu memang aku tak nampak hantu pun dok tepi jalanan...dan tumpang keta aku.(Bukan aku takbur.).Coz keta aku tak reti dengar lagu2 jiwang time driving malam...cuma doa2 dan ayat suci al-quran jea berkumandang....hantu2 tak leh la nak tumpang....just follow dari tepi jea....hehehehe


Pagi tu memang bulan terang...kalo lampu keta takde time tu...jalan masih jelas nampak...kalo sesiapa pernah sampai ke kawasan jajahan felda Mempaga..conform dia orang tahu keadaan dan bentuk rupa bumi disitu...dalam perjalanan aku awal pagi tu...aku memang tak terfikir pun nak takut hantu....tapi,bila aku melimpasi kawasan perkuburan islam kampung Lebu...yang tepi jalan..tiba2 merembang bulu roma...tanpa berfikir.(aku tak kacau ko-kata2 dalam hati)...aku masih relex walaupun dalam keadaan begitu....(semakin kita takut,semakin tu mahluk tersebut suka menganggu).......aku tetap bawa kereta dengan tenang....aku ni part iblis n binatang seperti ular takut sikit......


tepat jam 2.15 aku sampai rumah.....


Gambo aku letak tu....bukan hantu dari kubur....Cuma hantu durian




Yang ni saudara Hantu......(QAFAN)

Ahad, 20 Jun 2010

selamat hari bapa

Khas untuk Bapa ku....nun Di SANA

khas untuk hari bapa.....tiada ungkap lain selain dari terima kasih dari seorang anak.....kerana telah membesarkan anak nya hingga ke saat ini.......walaupun aku tidak berjaya seperti yang lain namun aku tetap berusaha untuk membaiki hidup ku yang serba kekurangan...aku bangga dengan bapa,kerana berkorban demi membesarkan 10 orang anaknya....bermula dengan pendapatan Rm2++..untuk membesar anak2 nya....
Aku cuba untuk menjadi bapa yang baik untuk anak2 ku nanti......macam bapa ku mendidik ku hingga menjadi orang berguna.....walaupun aku tidak dapat menjadi orang yang berjaya dalam pendidikan...setiap apa yang ku lakukan akan aku ingat pesan bapa.....
Walaupun kau jauh di mata....namun kau tetap dekat di hati......

Anuar Zain - Lelaki Ini

Kasih, kenanganku
Ingatkah saat saat dulu
Kasih, apakah dirimu
Merasakan semua itu

Ke mana pun langkahku pergi
Ku masih melihat bayanganmu cintaku
Dan kemana pun arah anginku berlari
Hati ini masih kau miliki

Lelaki ini yang selalu mencintamu
Selalu, tanpa ragu
Lelaki ini yang selalu memuja
Hanya dirimu
Yang bertakhta dalam sanubariku
Sanubari ku
Aku yang mencintakan mu
Hanya dirimu…

Karena cintaku, tak berbatas waktu
Karena cintaku, tak mengenal jenuh hatimu
Hatimu…



Isnin, 14 Jun 2010

coretan hati....

Salam semua...sekarang aku mula nak bercerita tentang dunia yang penuh dengan dugaan ni..sebelum aku mulakan cerita aku dengan lebih panjang ni...aku nak minta maaf sekiranya ada kata2 dan tersilap bahasa aku guna....harap korang faham...coz aku bukan pandai sangat..yang aku pandai hanya berkata-kata dan meluahkan isi hati yang ada di dalam kepala otak aku ni....mungkin korang pernah lalui dan mungkin korang tak pernah lalui....sesiapa yang pernah lalui,munkin korang akan terasa siksa nya azab bila berdepan dengan keadaan dan suasana yang korang kena tengok setiap hari.....mungkin aku yang mulakan atau dia yang mulakan....cerita ni aku kisahkan sebagai cerita kasih dan cinta seorang sahabat kepada sahabat (sahabat sejati)....
Bermula kisah ....bila dapat kerja bersama dibawah satu bumbung dan dengan suasana kerja yang amat daif serta serba kekurangan...bermula detik(bkn cinta) sahabat sejati...susah senang,suka duka yang indah dilalui bersama...bekerja tak kira waktu dengan semangat juang kerja...bermacam plan dan aktiviti yang di rancang untuk memenuhi masa lapang.....

(sekadar hiasan)

Setahun berlalu aku mengenali mereka.....(yang sewaktu dengan nya)..akhirnya sahabat aku kenali selama setahun....hanya tinggal kenangan dan memori sahaja..setiap kali aku berkata..setiap kali tu aku di bantah...kerana aku berprasangka bkn2...aku dengar,aku melihat..aku yang menerima cemuhan...kerana orang akan bertanya pada aku...bukan pada dia yang hanya boleh berkata orang suka buruk sangka...hakikat nya,keadaan suasana dan tingkah laku ...orang akan memerhati gerak geri kita..biarpun sekecil kuman.....manusia akan melihat pada setiap keburukan dan kesilapan seseorang...dan manusia tidak akan melihat kebaikan dan keikhlasan hati sesorang kawan yang menderita....(aku sedar siapa aku kalo nak dibandingkan dengan mamat yang baru dia kenal.....pendapatan dan komitmen kurang berbanding aku yang dah berumahtangga...tak salah untuk aku berkawan)berkawan ada batasnya....
Apa pun aku redha dengan keadaan sekarang kerana aku tidak dapat mengubah kehidupan seseorang...dia ada hak...aku pun ada hak untuk meluahkan apa yang aku rasa dan aku pendam..
aku akan ingt setiap kata-kata yang dia ucapkan....(bersambung................)


Ahad, 30 Mei 2010

BeRiTa TeRKiNi DaRi SaRawaK.....


GaMbaR HiaSaN......
BaLai PoLis BetOnG SaRaWaK.......

Wanita berpakaian putih dan berambut panjang yang dikaitkan dengan
pontianak didakwa sering mengganggu anggota dan pegawai polis bertugas
pada waktu malam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) baru Betong di sini,
sejak sebulan lalu. Ia berlaku beberapa hari selepas IPD berkenaan
berpindah ke lokasi barunya iaitu kira-kira dua kilometer
dari Jalan Kuek Huat Wee bersebelahan Stadium Betong, April lalu.
Betong terletak kira-kira 150 kilometer dari Kuching.

Khamis, 27 Mei 2010

KUALA LUMPUR: “Dia hanya kawan biasa, tiada apa-apa hubungan antara kami tapi disebabkan cemburu buta isterinya, saya dimalukan di khalayak ramai,” kata penyampai berita sebuah stesen televisyen menjelaskan dakwaan dia menjalin cinta dengan suami kepada seorang wanita Uzbekistan sehingga diserang di pusat beli-belah di Petaling Jaya, Sabtu lalu.

Ahad, 23 Mei 2010

Sejuta Wajah - Ramli Sarip

KhAs BuaT TeMaN yAnG mELaYaRi BLog.....

AwArD DaRi MiMi.......

SaLaM BuAt MiMi.....Tq So MucH coz BagI award kaT QaFaN
HaRi AmaT BerMaKna....WaLaUpuN ada YaNg TaKUt UntUk masUk Ke BloG QaFaN
BiaSa Lah......
KaLo ada AwaRd LebIh Jgn Lupa QaFaN....kikikikiki




ApA pun.......Skali laGi JuTaaN teRima KasiH BuaT MiMi........

gEdik.

fardu kifayah ditafsirkan sebagai “perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan maka hilanglah tuntutan kewajiban itu terhadap orang lain. Tetapi apabila tidak ada seseorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa, seperti mendirikan tempat beribadat, rumah sakit, menyembahyangkan mayat dan sebagainya(A. Hanafi M.A., Ibid).

Dengan lain-lain perkataan fardu kifayah adalah kefarduan yang wajib dikerjakan oleh seseorang atau satu kumpulan yang mewakili masyarakat Islam, sebuah daerah Islam, negeri ataupun negara. Apabila kefarduan itu telah disempurnakan, maka kewajiban tersebut menjadi gugur bagi seluruh anggota masyarakat yang terlibat

Dengan itu dapatlah ditegaskan bahawa fardu kifayah mempunyai ruang lingkup yang luas yang melibatkan seluruh aspek hidup seperti soal-soal ekonomi, politik dan perundangan, termasuk soal ketenteraan dan lain-lain.