Create your own banner at mybannermaker.com!

Pengikut

gEdik.

fardu kifayah ditafsirkan sebagai “perbuatan yang wajib dilakukan oleh seseorang atau sekumpulan anggota masyarakat Islam, tanpa melihat siapa yang mengerjakannya. Apabila telah dilakukan maka hilanglah tuntutan kewajiban itu terhadap orang lain. Tetapi apabila tidak ada seseorang pun yang melakukannya, maka semuanya berdosa, seperti mendirikan tempat beribadat, rumah sakit, menyembahyangkan mayat dan sebagainya(A. Hanafi M.A., Ibid).

Dengan lain-lain perkataan fardu kifayah adalah kefarduan yang wajib dikerjakan oleh seseorang atau satu kumpulan yang mewakili masyarakat Islam, sebuah daerah Islam, negeri ataupun negara. Apabila kefarduan itu telah disempurnakan, maka kewajiban tersebut menjadi gugur bagi seluruh anggota masyarakat yang terlibat

Dengan itu dapatlah ditegaskan bahawa fardu kifayah mempunyai ruang lingkup yang luas yang melibatkan seluruh aspek hidup seperti soal-soal ekonomi, politik dan perundangan, termasuk soal ketenteraan dan lain-lain.